Tuesday, February 06, 2007

Syukur.. :)

Bersyukurlah kepada Allah jika setiap malam tidur anda diganggu bunyi dengkuran suami..
kerana itu bererti dia tidur di rumah, di sebelah anda bukanlah dengan orang lain..

Panjatlah kesyukuran kepada Allah apabila anak gadi anda bersungut semasa membuat kerja-kerja dapur... kerana iu bermaksud dia kini berasa di rumah, bukan berpeleseran dengn kawan-kawan..

Berterimakasihlah kepada Allah apabila melihat bayang-bayang sentiasa mengekori setiap langkah anda.. kerana itu bererti anda masih mempunyai matahari yang manyinari hidup ini..

Panjatlah kesyukuran kepada Allah jika banyak pakaian anda yang sempt.. kerana ini bermakna anda cukup makan.. tidak hidup dalam kedaifan..

Bersyukurlah kepada Allah kerana terpaksa membersihkan lantai, mencuci tingkap serta membuang habuk yang melekat di dinding.. kerna ini bererti and mempunyai rumah unk berteduh..

Berterima kasihlah kepada Alah kerana setiap tahun anda terpaksa membayar cukai pendapatan.. kerana itu memberi erti anda masih mempunyai pekerjaan..

Panjatlah kesyukuran kepada Allah andaikata terpaksa meletakka kenderaan anda jauh d satu sudut.. kerana itu bererti anda mempunyai kenderaan dan masih dikurniakan NYa kundrat untuk berjalan..

Berterimakasihlah kepada Allah apabila diganggu bunyian bising kenderaan yang lalu lalang.. kerana itu bermaksud anda masih mempunyai pendengaran..

Bersyukurlah juga kepada Allah apabila terpaksa mengemas rumah yang berselerak selepas majlis keramaian.. kerana itu bermaksud anda masih dikelilingi sahabat andai..

Bersyukurlah kepada Allah kerana terpaksa membasuh dan menggosok pakaian setiap hari.. kerana itu membawaerti anda masih mmepunyai pakaian untuk dipakai..

Panjatlah kesyukuran kepada Allah setiap kali berasa penat dan letih pada peghujung jari.. kerana in bermakna anda masih berupaya untuk bekerja kuat demi keluarga tercinta..

Bersyukurlah kepada Allah apabila mimpi indah anda pagi ini terantut oleh bunyi bising deringan jam loceng.. kerana ia bererti anda masih bernyawa panjang.. dan sempat lagi untuk mengucapkan kesyukuran di atas segala rahmat dan nikmat yang diberikanNya..
Alhmadulilah.. :)

sumber Mastika Feb 07

No comments: