Fatamorgana - Hijjaz
Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
( korus ) Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi
Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari
Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama
( ulang dari korus ) Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah
bayangkan zaman skang dah nampk bende ni seme.. harta pangkat dn wanita..
kalo terlalu mengejar harta dan pangkat dan alpa terhadap ajaran agama, harta yg ada takkan menenangkn jiwa..
dan jika mengejar wanita yg membawa ke arah keburukan, apa yg dpt?
sebab tu kalo nk cari pasangan cari yg 4:
1.) keturunan
2.) kecantikan
3.) harta
4.) agama
dan yang paling penting ialah pegangan agama dlm soal memilih jodoh.. kalo seblm ni pasangan memang jenis jahat dan kemudiannya bertaubat, berilah peluang kerana manusia boleh berubah bila² masa.. kalo ada antara kita, sahabat kita yang jauh menyimpang, tegurlah dia, doakan semoga dia berubah
me bg cth zaman para sahabat cthnya Khalifah Umar, sebelm beliau memeluk Islam, beliau adalah seorang pembunuh, meminum arak dan sebagainya yang terkenal dengan kejahatannya. Namun setelah beliau bertaubat dan mengamalkan Islam yang sebenar, maka beliau adalah insan yang paling mulia dan diampunkn Allah segala dosanya.
mudah²an kita semua diberkati Allah.. amin :)
Friday, March 09, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment